Saturday 7 January 2012

Sedetik Menoleh Kepada ALLAH, Baru Tersedar Bahawa Selama-lamanya Kita Diperhatikan Oleh KASIH SAYANG-NYA...insyaAllah

M U T I A R A 38 :
Seekor unta apabila sampai ke tahap mabuk kasih dan rindu kepada pasangannya, akan berlaku kepadanya dua perkara :

PERTAMA :
ia tidak mempedulikan lagi soal makan dan minum walaupun keadaan sangat sukar dan sekeliling membara.

KEDUA:
ia tidak menghiraukan seberat mana pun beban yang dipikulkan ke atas belakangnya, ia tetap berjalan dengan pandangan kosong dan polos tetapi melangkah dengan penuh gagah tidak goyah.

  Begitulah hebatnya kuasa cinta dan rindu. Seseorang hamba yang inginkan kebaikan, perlu ada rasa cinta dan rindu kepada ALLAH. Seseorang insan yang telah memilikinya, berbeza dengan manusia lain. Ia merupakan tenaga dalaman yang sangat lembut tetapi berupaya menggerakkan tindakan-tindakan sekuat ledakan bom atom. Ia juga merupakan benteng paling dingin tetapi berupaya menepis walau sebesar mana sekalipun badai, cabaran dan hambatan yang datang.

Malangnya, manusia begitu asyik dengan cinta dan rindu sesama mereka. Mereka mendewa-dewakan cinta, memuja kecantikan, membenam rindu dalam lautan perasaan, keghairahan mengisi segenap ruang dengan nafsu bergejolak tanpa batas. Akhirnya, semua menjadi mabuk dengan keindahan.

Mereka lupa tentang luasnya daerah KASIH SAYANG PENCIPTA-NYA. Mereka tidak sedar bahawa mereka itu DISAYANGI, DIKASIHI dan DIRINDUI oleh ALLAH SWT. Hanya mereka yang sesaat memerhati kepada limpah rahmat dan nikmat ALLAH, yang mahu mengetahui tentang hakikat dirinya dan melakukan munasabah akan tersedar bahawa SELAMA-LAMANYA kita ini berada di bawah NAUNGAN KASIH SAYANG-NYA.
DIA yang tidak akan membiarkan kita menangis dan kecewa.

Antara sebab dan akibat : SEBAB seperti melontar batu ke atas, ke mana ia jatuh kemudiannya adalah AKIBAT

No comments:

Post a Comment