Friday 27 January 2012

P.E.R.S.E.M.B.A.H.A.N

      Ku hadiahkan kepadamu ....
Wahai wanita yang telah meredhai Allah S.W.T sebagai Tuhannnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad S.A.W sebagai Rasulnya.
          Ku hadiahkan kepadamu ....
Wahai wanita yang meniti jalan lurus dan membawa risalah kebenaran.
          Ku hadiahkan kepadamu ....
Wahai murabbiyah (wanita pendidik) yang berjuang dengan kalimahNya, memelihara norma-normanya dan membersihkan dirinya.
          Ku tujukan pula pada setiap ibu yang mendidik anak-anaknya untuk bertaqwa, menumbuhkan mereka dengan amalan sunnah Nabi dan yang menanamkan cinta ke dalam jiwa-jiwa mereka.
          Terakhir .... Ku tujukan kepada mereka setiap wanita yang di rundung kesusahan dan kesedihan ....
          Berbahagia dan bergembiralah dengn jarak yang begitu dekat, dengan bimbingan Allah, dengan keagungan pahala dan dengan pengampunan dosa ...

Sunday 15 January 2012

Nak JaDi WaNiTa SoLEhaH ? ? ? (:

pesanan utk dri sdri & sahabt2 yg d sygi :))
Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Thursday 12 January 2012

3 JENIS KAWAN

dalam dunia ni ad 3 jenis kwn..
1- Kawan MAKAN kawan
org cmni slalu nye kite angp die kwn bek kte.. n bleh bipercyei.. die lah kte agung2 kn.. die lah kwn dunia akhirt.. die lah sgale2 nye.. tapi org ckp pe.. ad udang di sebalik mee.. hehe.. kt blakang kte die buruk2 kn kte.. rhsie kte yg kte cte kt die.. sume die bgtau org..  org cmni die talam 2 muke.. org cmni ke yg kte angp kwn sejati..
2- kawan PENGHASUt
org cmni adlh org yg sgt bek.. die tlong kte mcm2.. tetapi.. die akan ajk kte buat bnde2 yg x spatot nye buat.. pegi clubing.. lyn barang.. n mcm2 la.. nk cte byk pon x leh cz nti tkot ad org trse..
3-kawan ALIM
haa.. ni yg bes skit.. org cmni kte slalu ktuk n maki hamun die.. kte ckp die brlgk bek ar.. mcm2 lg lah.. tpi die lah yg akn tlong kte ble susa.. die lah yg bwk kte ke jln yg bnar.. die lah yg sntiase igt kn kte..

dalam 3 jenis kwn.. korg pilih la nk jdi kwn yg mcm mne..

KAWAN YG BIMBING KITE SIKIT SGT.. KWN YG MNGHANCUR KN KITE SGT RMAI..

Wednesday 11 January 2012

TERIMALAH KUuu SEADANYA (^_*)

1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.

Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2.Sayangi dia seadanya.
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

5. Percaya akan dirinya.
Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

6. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

Saturday 7 January 2012

Sedetik Menoleh Kepada ALLAH, Baru Tersedar Bahawa Selama-lamanya Kita Diperhatikan Oleh KASIH SAYANG-NYA...insyaAllah

M U T I A R A 38 :
Seekor unta apabila sampai ke tahap mabuk kasih dan rindu kepada pasangannya, akan berlaku kepadanya dua perkara :

PERTAMA :
ia tidak mempedulikan lagi soal makan dan minum walaupun keadaan sangat sukar dan sekeliling membara.

KEDUA:
ia tidak menghiraukan seberat mana pun beban yang dipikulkan ke atas belakangnya, ia tetap berjalan dengan pandangan kosong dan polos tetapi melangkah dengan penuh gagah tidak goyah.

  Begitulah hebatnya kuasa cinta dan rindu. Seseorang hamba yang inginkan kebaikan, perlu ada rasa cinta dan rindu kepada ALLAH. Seseorang insan yang telah memilikinya, berbeza dengan manusia lain. Ia merupakan tenaga dalaman yang sangat lembut tetapi berupaya menggerakkan tindakan-tindakan sekuat ledakan bom atom. Ia juga merupakan benteng paling dingin tetapi berupaya menepis walau sebesar mana sekalipun badai, cabaran dan hambatan yang datang.

Malangnya, manusia begitu asyik dengan cinta dan rindu sesama mereka. Mereka mendewa-dewakan cinta, memuja kecantikan, membenam rindu dalam lautan perasaan, keghairahan mengisi segenap ruang dengan nafsu bergejolak tanpa batas. Akhirnya, semua menjadi mabuk dengan keindahan.

Mereka lupa tentang luasnya daerah KASIH SAYANG PENCIPTA-NYA. Mereka tidak sedar bahawa mereka itu DISAYANGI, DIKASIHI dan DIRINDUI oleh ALLAH SWT. Hanya mereka yang sesaat memerhati kepada limpah rahmat dan nikmat ALLAH, yang mahu mengetahui tentang hakikat dirinya dan melakukan munasabah akan tersedar bahawa SELAMA-LAMANYA kita ini berada di bawah NAUNGAN KASIH SAYANG-NYA.
DIA yang tidak akan membiarkan kita menangis dan kecewa.

Antara sebab dan akibat : SEBAB seperti melontar batu ke atas, ke mana ia jatuh kemudiannya adalah AKIBAT